mahali jasuli - Google Blog Search |
Kebangkitan Harimau Malaya: Kisah <b>Mahali Jasuli</b> Posted: 03 Feb 2012 06:52 PM PST Nama Mahali Jasuli antara tidak asing buat peminat. Kelibat sasa yang berposisi pertahanan sayap ini merupakan anggota tetap dalam skuad negara ,dan kerap menghuni kesebelasan utama. Antara watak yang memainkan peranan dalam memastikan penguasaan negara berterusan di sukan sea lalu, Mahali terus di beri kepercayaan apabila di lantik sebagai ketua pasukan Harimau Muda A. Profile: Nama: Mahali Bin Jasuli Tarikh Lahir: 2 Aprip 1989 Ramai yang tidak perasan akan keistimewaan Mahali dalam kem negara. Beliau antara pemain yang membantu Malaysia memenangi emas Laos, piala Aff 2010, dan sukan sea baru-baru ini. Sebagai seorang individu biasa, Mahali antara individu yang aku hormat sebab dia tidak menjadikan bolasepak sebagai alasan untuk mencari ilmu. Mahasiswa UPM ini juga pernah di anugerah anugerak khas oleh universiti beliau. Ketika di tanya aku, susah atau tak ,beliau menjawab ringkas, ''agak susah la''..sebagai mahasiswa aku faham keadaanya. Dah la terbabit dengan latihan, kemudian kuliah, belum masuk assignment dan study. Tu antara sebab aku salute beliau. Rakan beliau pernah berkongsi kisah zaman kanak-kanak Mahali dalam blognya. Agak bertuah sebab aku terjumpa. Mahali di ceritakan amat fanatik dengan bolasepak dan pasukan Selangor dan Liverpool. '' Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia. Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu.''-chronohunterz.blogspot Mahali juga mengakui dengan aku bahawa beliau mahu menyarung jersi Selangor selepas Harimau Muda nanti. Gol Mahali dalam saingan ke olimpik menentang Bahrain sebelum ini antara saat yang menggembirakan buat peminat namun harapan kemenangan itu di rentap 6 minit sahaja. Mahali ketika di tanya, posisi asalnya ,mendedahkan bahawa kedudukannya sebelum ini di midfield. Tidak hairan lah sebab kalau korang tengok Mahali ni mempunyai skill gelecek yang boleh tahan tinggi. Ketika kepanasan AFF memuncak ,media dan jejari internet Indonesia membuat sebuah pendedahan yang ''mengejutkan''. Mahali di dakwa di naturalisasi Malaysia! Buat anda yang masih ragu-ragu, ya ayah dan emak Mahali merupakan rakyat Indonesia. Sebagaimana ramai kawan-kawan aku berstatus seperti Mahali ini, adakah Mahali bukan rakyat Malaysia? Tidak sama sekali, seperti tertera di atas, Mahali lahir di Selayang, Selangor ,Malaysia, cukup syarat untuk beliau memegang IC biru. Keluarga Besar Mahali Jasuli |
You are subscribed to email updates from mahali jasuli - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |