mahali jasuli - Google Blog Search |
MANFAATKAN PELUANG BERAKSI DI LIGA-S : <b>MAHALI JASULI</b> <b>...</b> Posted: 03 Dec 2011 06:55 PM PST MANFAATKAN PELUANG BERAKSI DI LIGA-S : MAHALI JASULI | Pemain pertahanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli menggesa rakan sepasukan untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain dalam Liga Singapura (Liga S) sebagai pertukaran dengan Young Lions yang akan beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Pemain berusia 22 tahun dari Selangor itu berkata, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh pemain skuad kendalian Ong Kim Swee itu kerana liga berkenaan turut disertai oleh beberapa pasukan luar seperti dari negara Thailand, Kemboja dan Australia.
Skuad tersebut akan memulakan latihan pusat pada Isnin ini dan dijangka bertolak ke Australia pada 10 Disember ini sebagai persiapan untuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab liga Australia pada 10 hingga 22 Disember. Perlawanan tersebut merupakan persiapan awal sebelum skuad tersebut menyertai Liga Singapura dan persediaan menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Februari depan menentang Syria, Bahrain dan Jepun. Mahalli, yang pernah berlatih dengan kelab Slovakia, FC Vion selama tiga bulan berkata, beliau akan menggunakan pengalaman tersebut untuk dimanfaatkan dalam Liga Singapura kelak.
Mengulas mengenai ketiadaan pemain-pemain skuad tersebut yang berhijrah ke negeri lain musim depan, Mahalli berkata, ia merupakan satu peluang terbaik kepada pemain dari pasukan Harimau Muda B untuk mempamerkan aksi terbaik mereka kepada Kim Swee.
Sehingga kini, tiga pemain tidak akan beraksi dengan Harimau Muda A kerana telah melebihi usia 23 tahun tahun depan iaitu Mohd. Muslim Ahmad yang menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan Mohd. Zamir Selamat yang berhijrah ke Johor FC. Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from mahali jasuli - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan