Jika anda antara anda merupakan peminat setia drama Bola Cinta 2 yang disiarkan oleh RTM 2 pastinya masih mengingati kehadiran pemain kebangsaan dan Harimau Muda Mahali Jasuli dalam drama tersebut.

Drama bersiri yang ditayangkan pada 29 November yang lalu, turut dilakonkan oleh Mahali Jasuli sebagai pelakon undangan. Mahali memegang watak dirinya sendiri sebagai pemain kebangsaan yang dijemput jurulatih lakonan Achong Sweetchild untuk memberikan kata kata semangat kepada pemain dalam drama tersebut.

Biarpun sekejap sahaja, namun lakonan ini pastinya akan segar dalam ingatan para penyokong setia Harimau Malaya dan Mahali Jasuli sendiri. Sekadar untuk hiburan.

Video Youtube Mahali Jasuli Berlakon Dalam Drama Bola Cinta RTM 2 29 November 2011

**lepas ni abis la aaron aziz…