Rabu, 4 April 2012

mahali jasuli - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

mahali jasuli - Google Blog Search


Birdy Super Star Sport: (GOSIP BOLA) : <b>MAHALI JASULI</b> BAKAL <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 10:06 AM PDT

@~MENJADI HERO DALAM SEBUAH FILEM TEMPATAN~@
Sebelum ini, rakan laman gosip  Murai Batu ada memberitahu cerita sensasi dari padang bola sepak negara. Kisah yang diberitahu itu tidaklah berbau kontroversi tetapi ia lebih kepada berita baik.
Dengarnya, sebuah penerbitan filem tempatan sudah pun menyunting beberapa nama pemain bola sepak negara untuk berlakon dalam filem terbaru mereka. Siapa pemain bola sepak itu?
Namun, teman laman gosip Murai Batu tidak pula memberitahu nama sebenar pemain bola sepak yang telah berkata setuju untuk menjadi hero dalam filem berkenaan.
Berdasarkan kata-kata pembayang yang telah diberikan sumber itu, antara nama yang berkemungkinan besar bakal menjadi hero filem itu adalah Aidil Zafuan, Zakuan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.
Sungguhpun hanya tiga nama ini yang disebut bakal bergelar pelakon, Murai Batu diberitahu sumber terdekat Apex bahawa penjaga gol kacak ini tidak pula menerima sebarang tawaran yang dimaksudkan itu.
Malah, Apex difahamkan langsung tidak berminat untuk mengorak langkah ke dunia lakonan kerana dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sukan bola sepak tempatan.
Maka melesetlah tekaan setengah pihak yang mengatakan Apex adalah pemain bola yang sudah menerima tawaran menjadi hero filem tersebut.
Apa sekalipun,laman gosip Murai Batu mendapat tahu, pemain bola sepak yang telah pun bersetuju untuk menjadi hero filem adalah pemain yang memakai jersi bernombor 3 iaitu Mahali Jasuli.
Menurut sumber, Mahali memang berminat untuk mencuba bidang baru ini walaupun ketika ini namanya sedang rancak diperkatakan sebagai pemain yang berpotensi untuk mengegarkan arena bola sepak tempatan.
Sungguhpun pihak itu telah mengesahkan akan hal ini,laman gosip Murai Batu lebih percaya untuk mengetahui pengakuan sebenar dari Mahali sendiri.
Siapa tahu, Mahali juga boleh berkongsi nama pemain bola sepak lain yang turut sama bakal berlakon dalam filem berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Mahali Jasuli

Copyright 2010 All Rights Reserved