mahali jasuli - Google Blog Search |
KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS KEMBOJA 20 SEPTEMBER <b>...</b> Posted: 20 Sep 2012 09:32 AM PDT KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS KEMBOJA 20 SEPTEMBER 2012 Skuad Harimau Malaya berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan apabila membenam Kemboja 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Padang Wisma FAM sebentar tadi. Percaturan jurulatih Datuk K.Rajgobal kali ini menjadi dengan membawa beberapa pemain Harimau Muda ke dalam skuad kebangsaan dalam perlawanan ini. Antaranya adalah Izham Tarmizi penjaga gol Harimau Muda yang menjadi antara kesebelasan utama dalam perlawanan persahabatan ini. Gandingan Mahali Jasuli dan Fadhli Shas menjadi benteng utama pertahanan sambil dibantu Zubir Azmi dan Amir Ridzwan Taj. Dibarisan tengah Gary Robert dan Baddrol Bakhtiar diberi kepercayaan sambil dibantu Fakri Shaarani dan S.Kunanlan dibahagian sayap. K.Rajagobal meletakkan Safee Sali dan Khyril Muhymeen dibarisan seranan. Malaysia mengasak seawal minit pertama dibunyikan dan menguasai perlawanan dengan beberapa peluang terhidang gagal diterjemahka oleh barisan serangan. Harimau Malaya seharusnya berada dihadapan pada penghujung babak pertama, namun gol jaringan Khyril Muhymeen dibatalkan oleh pengadil oleh kerana offside.Separuh masa pertama berakhir dengen keputusan 0-0. Memasuki separuh masa kedua, beberapa pertukaran dilakukan dengan kemasukan Zaquan Adha menggantikan Khyril dibarisan serangan. Azmi Muslim dimasukkan dibarisan pertahanan menggantikan Zubir Azmi dan barisan tengah turut dirombak dengan Gary,Fakri dan Kunanlan dikeluarkan dan digantikan dengan Amar Rohidan,Wan Zack Haikal dan Christie Jayaseelan. Hasilnya, Safee Sali berjaya menjaringkan gol yang dicarinya selepas menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Kemboja pada minit ke 51 untuk meletakkan Harimau Malaya 1-0 dihadapan sekaligus menamatkan kemarau golnya sekian lama sebelum ini. Zaqua adha yang kurang menyerlah pada perlawanan persahabatan menentang Vietnam kembali menemui sentuhan jaringan selepas dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Zaquan meledak dua gol pada minit ke 62 dan 76 untuk memberi keselesaan kepada skuad negara 3-0 dihadapan. Keputusan 3-0 kekal sehingga perlawanan tamat. Barisan Keselasan Malaysia : Izham Tarmizi, Mahali Jasuli, Amiridzwan Taj, Fadhli Shas, Zubir Azmi (Azmi Muslim), Fakri (Wan Zack Haikal), Gary Robert (Amar Rohidan), Baddrol Bakhtiar, Kunalan, Safee Sali, Khyril Muhymeen (Zaquan Adha) |
You are subscribed to email updates from mahali jasuli - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan