Jumaat, 19 Oktober 2012

mahali jasuli - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

mahali jasuli - Google Blog Search


Malaysia VS Hongkong 16 oktober persiapan terakhir PIALA AFF - Zik

Posted: 14 Oct 2012 06:31 AM PDT

malaysia vs hongkong, perlawanan persahabatan malaysia vs hongkong 2012,

Malaysia vs Hongkong 16 oktober 2012 (Friendly Match).

Ya, ia merupakan persiapan terakhir bagi menyiapkan jentera pasukan harimau malaya yang bakal melabuhkan tirainya pada bulan november ini. Yang menjadi tanda soalnya ialah siapakah pemain yang akan benar-benar beraksi untuk menjadi top 12 pemain yang akan bermain nanti. Itu sudah tentu, jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K Raja Gopal yang akan membuat keputusan ini nanti, berdasarkan prestasi, tahap kecergasan dan sebagainya, untuk berentap di pentas Piala Suzuki kali ini nanti.

Masih ada formula lain???

K raja gopal suka membuat pertukaran strategi yang kadang-kala mengundang padah. Kejap menjadi, kejap tak. Argh, jangan kita fikir sangat, itu tugas dia. Yang penting, apabila sudah berada di pentas Suzuki CUP nanti, jangan nak buat ujikaji lagi yer!!

Adakah ini barisan terbaik ???

Mungkin juga tidak kot, sebab dinegara kita, ramai lagi pemain yang terlibat dalam liga  Piala malaysia yang hampir tamat nih. Mereka harus fokus untuk perlawanan yang melibatkan pasukan/kelab masing-masing. Aku pun tak dapat nak follow sangat, tup-tup dah semi final (final ahad nie weyh!!). All the bestla, buat pasukan masing-masing. (Sedey, pasukan negeri sendiri dah kecundang awal!!).

Barisan pemain yang beraksi selasa ini nanti :

Goal Keeper: Farizal Marlias, Izham Tarmizi, Norazlan Razali

Defend: Khairul Helmi, Bunyamin Umar, Affisie Faisal, Faizal Muhammad, Zubir Azmi, Fad Shas, Mahali Jasuli, Irwan Fadly

Mid Field: Baddrol Bakhtiar, Gopinathan, Wan Zack, Safiq Rahim, S. Kunalan, Yong Kuong Yong

Striker: Fakri Saarani, Azamuddin Akil, Safee Sali, Khyrill Muhymeen, Shahrizal Saad.

Semoga berjaya buat pasukan negara untuk perlawanan persahabatan hari ahad ini nanti, tak pasti ada live ke tidak. Insyallah aku cuba untuk membuat liputan ringkas untuk perlawanan ini, memandangkan hari ahad cuti, hehe. Semoga berjaya!!

Jangan lupa:

  • live d astro arena 801
  • kick off 8.45mlm
  • 16 oktober (selasa)
  • Tempat : Siu Sai Wan Sports Ground, Chai Wan, Hong Kong
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Malaysia VS Hongkong 16 oktober persiapan terakhir PIALA AFF 2012,, 10.0 out of 10 based on 1 rating

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Mahali Jasuli

Copyright 2010 All Rights Reserved