mahali jasuli - Google Blog Search |
<b>MAHALI JASULI</b> DAN S. KUNALAN SAH SERTAI SKUAD <b>...</b> Posted: 28 Oct 2012 05:30 PM PDT Mahali Jasuli Dan S. Kunalan Sah Sertai Skuad Selangor 2013 | Nampaknya skuad Selangor 2013 hampir lengkap dengan penyertaan beberapa nama besar dalam arena bolasepak tempatan dalam misi menjulang Gergasi Merah kembali ke persada kejuaraan. Antara pemain yang mengesahkan akan menyarung jersi Selangor musim 2013 adalah Mahali Jasuli dan S. Kunalan. Mahali Jasuli mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor bermula musim depan kerana telah melebihi had umur untuk bermain dengan pasukan remaja kebangsaan itu. Anak jati Selayang Baru, Selangor berusia 23 tahun itu berkata beliau memilih untuk bermain bersama skuad Merah Kuning musim depan kerana pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Selangor pada zaman remaja. "Saya telah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada minggu lepas dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu laporan media. Beliau merupakan pemain kedua yang mengesahkan untuk bermain dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selepas pemain tengah Negeri Sembilan S. Kunalan menyatakan hasrat yang sama semalam. Pemain sayap pasukan Negeri Sembilan, S. Kunalan mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor untuk saingan Liga Super musim depan. Anak jati Semenyih berusia 26 tahun itu berkata penghijrahan beliau ke skuad Merah Kuning musim depan adalah bagi mencari angin baharu setelah enam tahun menabur bakti bersama pasukan Negeri Sembilan. "Kontrak saya bersama Negeri Sembilan akan tamat penghujung tahun ini malahan saya telah memaklumkan perkara tersebut kepada majikan saya, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Mereka menghormati keputusan saya memandangkan sudah lama saya berkhidmat dengan mereka selaku pemain skuad Piala Presiden sejak 2006 sebelum diserapkan ke dalam skuad utama mereka pada awal 2008," katanya yang turut memberitahu akan menandatangi kontrak bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam masa terdekat. CARIAN BERKAITAN
Category: BOLASEPAK MALAYSIA |
You are subscribed to email updates from mahali jasuli - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan