Mahali Jasuli dan Hans berebut meminang Tasha Shilla – Pendedahan gambar-gambar mesra dan romantik antara pelakon Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans, oleh beberapa laman blog mengundang tanda tanya di kalangan peminat berkenaan hubungan mereka ketika ini.
Jika dulu, Tasha Shilla pernah dikaitkan bercinta dengan pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli, adakah hati aktres jelita itu kini sudah berubah?
Bercakap kepada Kosmo hari ini, Tasha Shilla mengakui memang sedang berkawan rapat dengan jejaka yang bernama Hans sejak tiga bulan lalu di sebuah majlis namun hubungan mereka masih belum sampai ke tahap bercinta.
"Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan."
"Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggulah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)."
Mahali Jasuli dapat calon anugerah bola sepak kebangsaan 2013- beliau tersenarai dalam dua pencalonan untuk anugerah bola sepak kebangsaan 2013 iaitu Pemain Pertahanan Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).
Malahan, si empunya diri juga hairan dengan pencalonan itu kerana berasakan persembahannya musim lepas tidak memuaskan berbanding pemain lain. Namun takdir Tuhan tak siapa yang dapat menduga. Biarpun terkejut, namun bek kental Harimau Malaya itu tetap teruja dengan pencalonan tersebut dan menganggap satu penghargaan kepadanya sepanjang bergelar pemain. Malah katanya, tersenarai bersama nama-nama besar seperti Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Ta'zim), Norfarhan Muhammad (Kelantan), Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahril Ishak, Baihakki Khaizan (Lions XII) dan Mohd Amri Yahyah (Selangor) dalam kategori pemain paling bernilai nyata membuatkan beliau gementar. "Susah nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Macam tak percaya pun ada juga tapi pada masa yang sama, saya sangat bersyukur kerana tercalon. Tapi saya juga harus bersikap realistik, mampukah saya menandingi mereka yang lebih hebat? "Rasanya terpilih berada dalam enam terbaik ini pun dah memadai. Ia satu pencapaian yang besar buat diri saya. Mungkin, kata-kata ini kedengaran klise tapi itulah hakikatnya. "Lagipun saya sendiri tidak puas hati dengan pencapaian musim ini dan saya yakin pemain lain yang lebih menyerlah daripada saya akan menang, yang pasti bukan saya," katanya. Bukan saja tersenarai sebagai calon enam terbaik pemain paling bernilai, malah Mahali yang bakal menyarung jersi Harimau Selatan musim depan turut dicalonkan dalam kategori pemain pertahanan terbaik. Dalam kategori itu, Mahali akan bersaing dengan lima pemain lain iaitu, Baihakki Khaizan (Lions XII), Azizi Mat Rose (Kelantan), Razman Roslan (Pahang), Jalaluddin Jaafar (Pahang), Amiridzwan Taj Tajudin (ATM). "Saya sendiri tidak menyangka dengan pencalonan ini. Pada mulanya saya tidak percaya kerana tiada hitam putih mengenai pencalonan ini. "Tapi seperti saya katakan, pencalonan ini satu penghargaan dan saya mengucapkan terima kasih kerana menilai persembahan saya selama ini. "Dan jujur saya katakan saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menang kerana saya rasa pemain lain lebih layak untuk menang. Tapi kalau saya menang itu satu bonus untuk saya dan satu suntikan semangat untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan," katanya, Difahamkan, satu panel pemilihan terdiri daripada wakil MFCA, ahli dari Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan pegawai FAM bermesyuarat memilih pemenang yang akan berlangsung, esok.
0 ulasan:
Catat Ulasan